Thursday, October 28, 2010

FOOTBALL NEWS

TAKEN FROM : SINAR HARIAN EDISI KELANTAN
 
AZIZI , SUBRA TERLEPAS PELUANG






KOTA BHARU – Andai ada ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini, pasti dua pemain pertahanan Kelantan, Azizi Matt Rose dan Subramaniam bersedia untuk turun beraksi. Namun itu sekadar omongan kosong kerana kedua-dua tonggak pertahanan Kelantan musim ini bakal menjadi pemerhati pada saat rakan sepasukan berjuang selama 90 minit pada pentas final Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Dua nama besar di posisi pertahanan Kelantan musim ini, Azizi Matt Rose dan Subramaniam hampir pasti tersisih daripada senarai 11 pemain yang akan berjuang di padang Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Gara-gara mengalami kecederaan ketika perlawanan separuh akhir pertama menentang Kedah di Alor Setar minggu lalu, Azizi yang berasal dari Perlis manakala Subramaniam dari Perak, bakal menjadi sebahagian daripada penonton bersama penyokong setia Kelantan pada Sabtu ini.

Bagi pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam, perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan kerana tidak dapat membantu Kelantan berjuang menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir pada Sabtu ini.

“Perasaan terkilan kerana tidak dapat memberi sumbangan kepada Kelantan dalam perlawanan akhir nanti. Harapan semoga Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia musim ini setelah gagal berbuat demikian pada musim lalu.

“Sudah pasti saya kecewa kerana musim pertama saya beraksi bersama Kelantan pada tahun ini dan kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir, namun saya rakan-rakan seperjuangan memberikan persembahan yang terbaik membantu Kelantan menjulang piala buat pertama kali,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang lagi pemain pertahanan, Azizi Matt Rose turut merakam detik kekecewaannya kerana gagal membantu Kelantan beraksi dalam perlawanan akhir.

“Ini merupakan kali keempat saya berpeluang beraksi dalam pentas final. Sebelum ini saya pernah merasai bersama dengan pasukan Perlis. Tetapi ini adalah lumrah selaku pemain bola sepak. Kecederaan datang dengan tiba-tiba dalam situasi genting seperti ini.

“Apa nak buat, kecederaan pangkal paha memaksa saya berehat panjang. Saya memerlukan masa dua minggu untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan ini.

“Saya berdoa semoga rakan sepasukan bermain dengan baik, dan saya mahu Piala Malaysia dibawa pulang ke bumi Kelantan buat pertama kali,” katanya.




      P/S : Azizi seorang defend yg bagus..i like her style.boleh di katakan tanpa Azizi, tugas Kelantan sedikit mencabar kerana spjng pengamatan aku dalam game, dpt di lihat bahawa dier tersngt la bagus dan bekerja kuat demi menjaga benteng pertahan Kelantan..saat die terpaksa di bawa keluar ( da xingt game gapo tp time 2 lawe d klate) aku frust sngt...hhoohohoh...pkir la..bkpo wat tubik gg( aku pnggl Azizi)..huh..sumakk pok ya..(sedakk molekk), gg tegoh sedak pnggl tubik...gomm....huahuahua...itulah kata2 aku...tp mmg sizes, aku amt kagum dgn pncapain dier...vote for Azizi Mat Rose n hope dier kekal ngn Kelantan

No comments:

Post a Comment