Tuesday, November 30, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

BANJIR

SEBELUM BANJIR

o   Stok makanan: memastikan stok makanan sentiasa mencukupi terutama bahan makanan kering sekiranya terputus bekalan

o   Air bersih:  simpan air bersih dalam kuantiti yang banyak terutama bagi tujuan memasak dan minuman

o   Maklumat terkini: dapatkan maklumat terkini  situasi banjir di tempat anda

o   Kenal pasti  lokasi pemindahan: dapatkan nombor talifon orang yang terdekat bagi memudahkan anda berhubung sekiranya terperangkap dalam banjir dan kenal pasti tempat pemindahan sekiranya di pindahkan

o   Bekalan ubat:  pastikan bekalan ubat-ubatan mencukupi sekiranya berlaku kecemasan terutama bagi warga tua dan wanita yang mengandung bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini

o   Alatan kecemasan: sediakan alat-alat kecemasan seperti lilin dan lampu picit sekiranya bekalan elektrik terputus

KETIKA BANJIR

·         Kawasan selamat: berpindahlah ketempat yang lebih selamat seperti rumah saudara mara ataupun pusat pemindahan

·         Dokumen penting: selamatkan dokumen-dokumen penting

·         Kebersihan: jaga kebersihan seperti membasuh tangan menggunakan 

·         Makanan: elakkan memakan makanan yang belum di masak dan sentiasa membasuh makanan sebersih-bersihnya

·         Keselamatan kanak-kanak: sentaiasa mengawasi pergerakan anak-anak anda.

·         Suis elektrik: pastikan anda mematikan punca bekalan elektrik sebelum berpindah dan meletakkan barang elektrik di tempat yang tinggi

SELEPAS BANJIR

§  Keselamatan rumah: sebelum memasuki rumah, pastikan rumah anda terhindar daripada binatang yang berbisa

§  Penyakit taun: pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan anda menghidap penyakit taun

§  Bersihkan peralatan: bersihkan peralatan rumah anda dengan air bersih

Monday, November 22, 2010

TIPS HARI PERTAMA BEKERJA

huh.....da lame xposting coz cuti...windu nye kt blog n my reader...
skrg ni x smpt ag nk g lwt sape2 yang datang sni coz mlas nk g cc..broadband x bayar+ line xder..hohohoho
nt biler bekesempatan...saya akan lawat kamoo sumer..jngn gsau...ehehheehh..thnxx coz follow n sudi singgah..
kata alu-aluan...

berbalik kepada topik asal..
next week on 28th Nov..bermula lah episod baru dalam hidup aku di mana...
yeahhh.... practical...nervous + excited pon ader + takoot pon ader..tp kene face gak...
sebelom masuk keje ni..kene la tau serba sedikit etika-etika or tips-tips yang boleh membantu ..
searching punyer searching...jumpe la...
tp dalam bhse indon tp d translate menjadi bhse melayu + kelantan...(gano ehh jadi).lalallala  
xkiro la gano jadi....layan jer...

Tips-Tips nyerr...

1) Pakaian: Berpakain sopan dan rapi..Elakkan memakai pakaian yang terlalu seksi..kalo nk selamat bg pompuan pakailah baju kurung..just nice..elakkan terlalu over dress..nati ape la org ckp...hehehehehe

2)Make-up: penting ke make-up?? penting la jugak..tp jgn berlebihan..kalo tak nak jadi macam "lutung"(sila search kamus bahasa kelantan)...natural jer..kalo lawa2 cm model nt akak2 kat opis 2 jeles plak...heheheh...cover muke2 yang berminyak.

3) Masa:Ok...It is the big problem here...bnda ni slalu berlaku..so nk elakkan dr berlaku di hari pertama...bagun awl..bertolak  awl sekiranya jalan jem or set masa.seelok-eloknya 15 minit lbh awl supaya kita boleh rehat kejap..take time..kalo dtg tpt mase..myb ader la yg xkene...semput la..ape la..

4) Senyum: Sentiasalah memberi senyuman supaya anda tidak di labelkan "sombong". jgan la senyum xtentu hala.nanti org cop lain plak...senyum secukup rasa..apa itu cukup rasa???cukup rasa ada d jual d kedai2 yang berdekatan dengan anda....

5) Peramah: Sebagai seorang pekerja baru@ pelajar praktikal...sapa rakan sekerja anda..cam zaman sekolah rendah dulu.tp versi dewasa...hehehehehheee.....gunakan skill2 yang ader pada zaman kanak2 dulu..untuk kemudahan kita jugak kalo nk tanya ape2..

6) Belajar: even kita ni Grad ngn Ijazah or kita ni student Ijazah kan, belajar la ngn "otai" kt pejabat coz kadang2 ape yang kite blajar ni xsame ngn kehidupan sebenar...bia la nk kata ape yang penting kita boley blajar sesuatu yang baru dan one more things...jangan " tunjuk pandai"..kerna otai2 ni xsuker n cm they all rasa kite rendahkan dier lak..."sensetif level" sngt tnggi...so kene berhati2...gunakan skill yang betul untuk  melontarkan pendapat

7) Jangan lupa etika: kita perlu mengetahui etika di pejabat..jangan la pulak bergayut ngan pakwe ke...makwe ke...time kerja..boley menggangu kerja kita.

note: sentiasa yakin pada diri sendiri dan akan mematuhi tips2 di sini..insyaallah semuanya akan baik...

Friday, November 12, 2010

AMUK KERANA YURAN UNIVERSITI MAHAL

sape yang mengamuk ni???

ok2..

lets start the story

kejadian ni berlaku kt London di mana...

student2 kt London membantah kenaikan yuran yang amat tidak berpatutan...

3 kali ganda dr yuran asal...9,000 pound (RM 44,901)...yuran universiti boleh beli kereta..hahahahaa....

apa nak jadi la...

kenapa di naikkan yuran sebegitu rupa???

fact: 
 
Kerajaan Britain kini merancang untuk menaikkan yuran universiti dan memotong perbelanjaan universiti bagi mengurangkan perbelanjaan awam sebagai langkah mengurangkan bajet defisit. - Agensi
tetapi amat melampaukan????betol tak..

nasib baik la di Malaysia yuran die amat berpatutan..

lebih2 lagu UiTM...hahhaa..puji Uni sendiri lak...

aku just spent less than RM 1000 per year untuk yuran...ape tak nyer...untuk satu sem aku hny bayar RM 4++ je


FACT JUGAK 
NK PRINT SCREEN SBG BUKTI


NOTE: 20094 mahal seket coz 1st dftr...hehehhee..kene byr lbh la....pas 2 bru la less than RM 500

Diploma in UiTM
Degree pon UiTM
next: Master pon Uitm..........
UiTM di hatiku....


kalo Uni lain...myb more than that...
kwn aku ckp ad yg spent more than RM 1000 untuk yuran..

any fact about yuran...how much u spent for it...

boley la share kt sini....
untuk panduan kita bersama...

Thursday, November 11, 2010

KATAKAN TIDAK KEPADA PENDERAAN KANAK-KANAK

Audra--2-2-originalJoin YouthSays





MENCARI KONSEP UNTUK RUANG TAMU????

Menjauhi konsep tradisional


MELENGKAPKAN ruang menunggu dengan perabot yang tepat menggambarkan keutamaan sesebuah syarikat terhadap pelanggannya.


TATARIAS ruang pejabat semakin hari semakin menjauhi konsep pejabat yang tradisional.
"Konsep pejabat tradisional bermaksud ia mempunyai formaliti yang tinggi.
"Sekali gus ini bermakna warna, potongan dan susun atur perabot lebih matang atau serius," jelas Pengarah Urusan Timeless Design Sdn. Bhd., Jessie Ng.
Menjenguk ruang pejabat Google.com atau Yahoo.com misalnya, jelas menunjukkan perubahan yang amat ketara itu.
Pembaharuan melalui pendekatan minimalis moden masa depan yang dimulakan mengejutkan banyak pihak, malah turut menjadi ikutan.
"Kebanyakan pejabat untuk syarikat teknologi maklumat kerap menggunakan konsep santai.

PERMAIDANI bercorak abstrak dengan warna-warna terang sudah cukup menceriakan satu-satu ruang.


Berkubik
"Pendek kata, mereka mahu menyuntik keseronokan dalam suasana kerja. Jadi warna-warna terang, riang dan potongan perabot yang tidak simetri menjadi pilihan," ujar Jessie.
Mengimport dan menempah khusus perabot dari negara-negara Asia Tenggara selain China, Timeless Design turut memenuhi permintaan daripada syarikat gergasi seperti Petronas, British Petroleum (BP), dan Bloomberg Malaysia.
"Syarikat-syarikat sederhana kecil (SME) juga semakin peka terhadap cara ruang pejabat mereka dihias.
"Ini menunjukkan mereka sudah sedar kepentingan suasana sesebuah pejabat, terutama dalam usaha untuk memberikan atmosfera yang berbeza," katanya.
Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam industri perabot dan pernah memegang jawatan Pengurus Pemerolehan untuk Homelife, Jessie melihat perkembangan rekaan perabot Eropah menggambarkan pengaruh gaya hidup berteknologi yang kuat.

KERUSI berciri futuristik dan berkarakter.


"Di Eropah semakin banyak perabot berkubik seperti Alexa Single Seater ini.
"Sofa ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang banyak menghabiskan masa di depan komputer riba, tetapi juga buat mereka yang perlu bermesyuarat dengan bilangan peserta yang kecil," terang Jessie.
Evolusi itu secara tidak langsung membolehkan masa digunakan secara efektif walaupun mereka perlu berbincang di luar bilik mesyuarat.
Sentiasa mempertimbangkan unsur moden, perabot yang memenuhi konsep pejabat tradisional juga terus diimport Timeless Design.
Kurus
"Walaupun tradisional, ia tetap ada unsur moden. Contohnya, potongan yang lebih kurus atau tirus seperti pada tempat bersandar kerusi Dallas High Back putih ini," cadangnya yang sentiasa mencari perabot yang tidak luput ditelan masa sama ada dari segi kualiti material ataupun rekaan.
Perabot Timeless Design, kata Jessie, menepati namanya.



"Seperti 'banker light' yang selalu dapat dilihat dalam filem Inggeris lama ini amat sukar ditemui di Malaysia walaupun permintaan untuknya pada hari ini amat tinggi.
"Rekaannya mungkin lama, tetapi ia dimodenkan dengan perubahan warna dan material," jelas Jessie.
Malah, jika diperhatikan sarung kerusi, kusyen atau permaidani dibiarkan polos tanpa cetakan corak. Sebaliknya hanya corak abstrak yang ringkas dan mudah sahaja menepati pilihan.
Dari aspek ketahanan, pembuatan setiap perabot masih mematuhi keperluan ruang pejabat yang lazim.
"Saya tidak fikir perabot yang memiliki gaya moden lebih cepat rosak. Saya yakin kualiti materialnya masih sama seperti dahulu," kata Jessie.







sources: kosmo

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

kalo ader yang berminat dan sedang tercari-cari tips untuk turunkan berat badan

tanpa mengeluarkan belanja yang banyak membeli pil langsing, teh, kopi dan sebagai nya..

saya ader cara yang terbaik..

nahh....ini die....

sila bace dengan teliti....hehehhe...=p

Hilang berat 12.24kg sebab diet makanan ringan



GAMBAR menunjukkan Mark Haub makan makanan ringan.


WICHITA - Seorang profesor pemakanan di Universiti Kansas State, Mark Haub hilang berat badan hampir 12.70 kilogram (kg) apabila dia mengambil makanan ringan seperti kek krim, snek, biskut dan bijiran selama sepuluh minggu, lapor sebuah akhbar semalam.
Haub hilang berat badan sebanyak 12.24kg daripada berat badan asalnya 91.3kg.

Dia mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil kurang 1,800 kalori berbanding 2,600 kalori dengan memakan kek Twinkie setiap tiga jam.

Haub turut memakan bijiran Kellogg's dan biskut Oreo dan minum dua kali sehari kopi espreso.

Dia juga mengambil pil vitamin dan makan kacang hijau dan snek Doritos.

Sebelum dia mengambil makanan itu, Haub menganggap dirinya seorang pengguna yang memakan makanan berkhasiat seperti pisang, buah beri dan bijiran. - Agensi

sources: kosmo online

MALAYSIA TEWAS DI TANGAN JEPUN


Jepun berjaya memusnahkan impian Malaysia untuk menempah tiket awal ke peningkat kedua selepas kalah di tangan Jepun 2-0.

Malaysia perlu seri atau menang ke atas China untuk mara

info:

Jepun- ranking ke-2

Malaysia -ranking ke-27

percubaan Malaysia:

minit ke 10: percubaan Nor Shahrul Idhlan Talaha berjaya di sudahkan dengan baik oleh S.Kunanlan

penghujung masa pertama: tandukan penyerang Izzaq Faris Ramlan hasil hantaran lintang Safiq Rahim



Jepun:
minit ke-25: gol pertama menerusi rembatan Kensuke Nagai setelah percubaan awal Keigo Higashi yang ditampan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat gagal dikeluarkan barisan pertahanan

minit ke-63: gol kedua hasil tandukan Hotaru Yamaguchi



NORSHAHRUL (depan) diasak pertahanan Jepun, Yamamura Kazuya pada aksi Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China semalam. Jepun menang 2-0.
sources: kosmo online

APA NAK JADI


Pelajar 16 tahun didakwa menculik, cabul murid

KLANG - Sorang pelajar berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan menculik dan mencabul murid berusia lapan tahun.

Tertuduh adalah pelajar tingkat empat, dituduh melakukan perbuatan itu, kira-kira jam 6.40 petang, 25 Oktober lalu, di hadapan sebuah sekolah, Pandamaran, Klang dengan menculik murid berusia lapan tahun.

Bagi kesalahan kedua, pelajar itu melakukan kesalahan kira-kira jam 6.40 petang hingga 7.10 malam, tarikh yang sama di ladang kepala sawit, Teluk Gong, Pandamaran, menggunakan kekerasan jenayah terhadap murid berkenaan dengan mencium kepala, dahi dan membuka pakaian mangsa.

Tertuduh, ditangkap pada 26 Oktober lalu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang menerima hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebatan, jika didapati bersalah.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistert Afifah Mamat@Yusof, dia hanya mengangguk, tanda faham.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memohon kepada mahkamah untuk sebutan semula kes itu supaya dapat didengar di Mahkamah Juvana, memandangkan kes ini membabitkan pelajar bawah umur.

Afifah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 November ini sebagai sebutan kes berkenaan untuk didengar di Mahkamah Juvana.










sources: sinar harian

note: ini lah kalau teknologi di salah gunakan...kalo zaman2 aku dulu..xder la nk buat cm ni...heheheee....taun 2004....6 years back...apa yang akan berlaku 3 tahun akan datang....kalo kecik2 pon da pdai buat yang bukan2...kalo da besar xtau la mcm mane....kadang2 faktor keluarga memainkan peranan penting...sikap jaga kain perlu ada tapi kain sendiri pon harus di jaga..bukan ape...kadang2...asyik kadang2 jer aku ni....
ok2..kadang2...asyk nk tegor anak orang jer...tp anak sendiri pon same jer..bahkan lagi teruk...it is true story..bukan cerita rekaan...apa yang aku perhatikan..mereka belom nampak dunia yang sebenar kerana merekan hanya pikir nk suker je...so, ibu bapa harus memberi kebabasan kepada anak2 tetapi dalam kuantiti yang terhad...

Wednesday, November 10, 2010

MENCIPTA KENANGAN BARU


owhh....suker bercampur duka...hehehehehee

kenapa??????

cuba teka????

ok....permainan teka teki di sini...

masih tidak berhenti lagi..

ayyooo...ape yang aku melalut ni...

back to the true story

ape yang suke???

ape yang duka???



pergi ke soalan yang pertama : berita gumbira....

1) da abis exam....

2) boley berehat...fokus kepada blog

3) esok nk g shopping + enjoy...spent mase kt KB...sblom balik kg


soalan kedua: berduka???


1) da xleh jmpe kwn2 ag pas ni...huhuhuhuhuhu....akan windu same kamoo...

2) waaaa...aku kene saman.....ni la kali pertama aku kene saman sepanajang 8 bulan berulang alik ke UiTM...di sebabkan oleh....aku paking dekat ngn pili bomba...


adalah menjadi satu kesalahan paking dekat pili bomba...so..beware....

ini kisah kejadian kes saman yang pertama berlaku dalam hidup...ngeeee~~~~

sudah kelewatan ari ni di sebabkan oleh jalan jem..2 kali trafic light kt KBMALL...
smpai di tmpt kejadian...ader sebuah kete sedang concer paking...mnybabkan aku kene paking dekat ngn si Mangsa...biase nye xkene pon aku paking c2...tp nk wat cm ner..mungkin si polis sengaja nk bagi kenangan terindah di KB...dapat la sepucuk surat cinta yang berjaya aku perolehi....masa : 1355...around 5-10 mnt aku ke dewan..

so nk buat cm ner..nasib baik ader akak yang keje kt balai nk tolong..kalo tak.....ermmm...bayar je la.....

moral of the story: jgn dtg lmbt...laallalala...kn da xder paking...+ kene saman







ni bukti nyer....tp visual tidak jelas kerana telepom amat murah sekali....hehehhee....

ok...sementara nk tggu mase kol 12 tgh hari...nk iron baju nk g exam...


elok la aku jenguk2 blog ni dulu n bace pper...


tengah syok2 belek peper kosmo...terjumpa la ni...


gosipp....hahaha....gosip apakah....ni berkenaan tentang adik penyanyi no 1 negara...Datuk Siti...


hahahaa...nk exam pon dan ag bergosip....sngt tidak elok.....


xnk banyk ckp...bia readers yang judge...

gosip ataupun reality..hope they all kekal bhgia hingga ke anak cucu....AMIN....

Saerah nikah senyap-senyap

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.

SAERAH bersama suami yang kini tersebar dalam laman sosial Facebook.

Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

"Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


MY LAST PERFORMANCE


Esok adlah hari terakhir aku menjawab kertas periksa...

suker nyer...tp sedih pown ader gak...

huhuhuhuhuhu...semua perasaan bercampur aduk diibaratkan seperti pisang d celup tepung yang d bancuh dengan air + telur+ pewarna +sedikit kapur makan dan akhirnya di goreng...di makan panas2..di cecah dengan sos...wow...sodapppp......

ini adlah kerana...

1) kalo result xelok...akan effect time nk apply buat master(cee...da mntak izin mak akoo...)

2) nk apply scholar (result entah ape2...cnfirm rejected)

3) last jwb exam coz sem pas raya da mula praktikal..

4) msti windu same kawan2 satu kelass....

seperti mana kebiasaan ...walaupon aku ader exam..
namun perasaan tidak sedar diri di kala jam menjangkau pukul 1 lbh...
masih belom tdor di sebabkan penangan nescafe sejuk...
aku terus berbloging di sini...

owh...bulan...jemputlah aku tidor sekarang...ermm..apa kaitan ngn bulan lak ni...
arghhh abaikan....
so...ape motif utama aku on9...
jeng2....

1st: bukak facebook then men game
game ape....jommmm....




skrg da level 41...hebat x??asyk men benda ni jer....sblom tdor..bg makan kt haiwan lu...ghsau kot2 lapar..hehhehehee

2nd: my lovely blog.



actually da lame aku berbloging ni...kalo xsalah da sthun lbh...tp bnyk delate coz background x chantik...then biler da pndai tukar background ni..mula la nk siyez...
so...2 la hasil yang aku dapat...but still on learning process....

cik hikari sila pergi tdor....hooooooo....

nite readers.....

kalo da bace jngn lupa tggl kan link kamoo kt bawahh skli..scroll jer smpai bwh then kamoo akan jumpe..insyaallah saya akan jejak kamo sehingga smpai ke blog kamo...hehehehe....peace no war....

Tuesday, November 9, 2010

30 PERKARA PEREMPUAN TIDAK SEMPAT BAGITAU LELAKI

seronok lak belek2 facebook skrg ni...
bukan pe...kalo jmpe article2 bru yang d share oleh kawan aku..
leh la aku share kt sini lak...
di pagi yang indah dan permai ini...ceewaahh...
terjumpa lak sal tajuk ni...
kadang2 ada betol jugak...
tp kadang2 ader yang da old skool...hehehe...
but ape2 pown...tepuk dada tanya lah selera sendiri..
adklah semua yang d bagi tau adalah betol dan ada yang sipi dan ader yang xkena langsung..
sebangai panduan kita bersama..elok la membaca nyer...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.







note: sekali sekala..buat la kejutan buat si dia...ini akan membuatkan si dia berbunga-bunga chenta....coz pompuan sukakan surprise and will make she terharu ngan kamo..pompuan pon boley jugak bagi bunga kt bf dier...xslh...give flower ni xterhad kepada guy give to gurl..mencipta kelainan akan membuat hubungan anda lebih bernilai....hehehheee..:-)




21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.






YESSS....JUMPE LAGI..........

 YANG NI POWN JUMPE DLM FB...DIEORANG MEN SHARE..SO..AKU PON NK SHARE JUGAK LA...HEHEHHEE....

p/S the true owner da give permission to copy...so..aku pown xder hak nk halang sape nk copy....so..sape 2 yang berminat boley la copy...but kene ada la full credit to the true owner yea....

KENAPA ABANG SELALU BULI AKU???

by Ili Amirah on Monday, November 8, 2010 at 2:44pm
SALAM =)

Note ni khas utk abg aku n abg2 yg ade adek2 sekelian...

kite copycat dialog iklan digi jap....

ADEK: Kenapa abg selalu buli akuuu???? (sile bygkan die tgah ckp dgn nada marah)

ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!!..hahaha

...................................................................

WAAA..x suke dialog nie..sebb dialog nie pernah, tengah n akan sentiasa hantui aku kat mane2 aku pergi.....cisciscis...kenape ko lahir untuk buli aku haa???....

dear my abg,

aku tulis note ni tuk ko sebab aku rase aku taw kenape ko  selalu buli aku... yela kokan lelaki..mmg suke buli adek pompuan yg lemah cam aku ni kankankan?...kenape  ko suke larang aku bwat sumtin tp ko sendiri yg bwat???,,,...ce tengok balek ape yg ko buwat tp ko x kasi aku bwat..cis. nah ko!..haha


mse kecik2  ko slalu ckp cnikan..

" ko ni.... seboklah!...aku nk pergi mane2 pon ko nak ikut.dudukjela kat umah...xyah pegi mane2"

waaa..bengang aku tym nie..adeke abg ak ckp kat aku cni..cis..ble aku nak kuar pegi mane2 ngn kawan ko x bg...tp ko tu..pegi kuar tiaptiap hari lepak2 kat luar xpe pulak..hesh.

tp aku taw senanye dlam hati  ko nak ckp cni,
"abg x nk ko kuar..mcm budak2 popuan len kat luar sane... ko tu pompuan..sorg je adek abg.. abg xnak nt ko jd liar n kene heret ngn jantan2 tapahape kat luar tu...lgpon pompuan x elok slalu kuar2 sgt...kan bhye... n abg x kesahla ko nak marah abg ke ape..ko x nampak lagi dunia luar tu cne...so abg kene la protectla adek abg..abg ckp cmtu sbb aku syg ko..ko kan adek abg.. =)'


pastu ade lagi, mase sekolah menengah ko ckp cni...
"Ko jgn berani nak kapel2...klu aku dpt taw..aku lempang ko ngn jantan tu aku lunyai2 kan.."
aku jawab cni "eh man ade'(haha..tp sory la ek dulu aku jahil lagi xnak dengar ckp ko..xpe skrg aku dah dengar)
eleh ko..punyela mara klu dpt taw aku kapel..ko tu, dulu playboy ..asek2 cter kat aku name makwe bru ko..apekah ini?..sumph takut tengok muke ko mase dpt tau tu...hahaa teros break..ko interview laki tuh mcm ko ni polis ...n laki tu penjenayah plak..haha..

tp aku taw snanye hati ko nk ckp cni
"abg bukan ape...ko ni..jgn cepat sgt percaye laki nie...dorg sume bukan nye boleyh percaye..abg byk kawanlaaaa...abg x nk la adek abg pilih org tapahape..ko pon tengok abg pon ko dah tahu..abg playboy..abg taw ko kuat nanges..so..xnak la adek abg nanges sebb bnda2 bodoh cni..abg xnakla adek abg sedih..ko ingt abg ske ke ade laki len gedik2 ngn ko..dorg tu sume x ley pki tue.... klu ko nk taw laki yg terbaek tuk jage ko adelah aku..hahaha..yelaa..aku kan abg... selagi ko x kawen..abg yg jage ko taw tak!..=)

ade lagi...ko ckp cni

"weyh, aku lapar ni..ko masak cepat..aku nak air sekali..ko letak ais byk2 ...aku nak yg sedap2 punye..aku x ske tawar2... " lepas dah makan..boleyh plak ko ckp cni ek.."weyh..basuh pinggan jangan biar dapur sepah2"..
waahhh..koo..melampau nie...ko ingat aku nie hamba abdi ko ke??..pemalasnye ko..cis...

tapi ak taw senanye dalam hati ko ko nk ckp cni,
" adikku, abg sebenarnye nak latih ko jd istri mithali ni..... mnela tau nt ko dpt husbad suke suruh2 org mcm die tu bos besar ke apeke...manela tau dulu husband ko mase kecik2..sume mak die bwatkan utk die smpi suar kecik die pon mak die basuhkan..sekurg2nye ko da redy..kankankan?.. =)..haaaa.. mesti tym ni ko bwat smbil pejam mate jekann?..hehe mase tu konfem ko nak bwat tepuk2 time kaseh kat abg...alaaa..yg mcm ko bwat mase ko masuk krs dulu tue..xkan ko lupe...adoi..abg pon ingat kot.ish....abg nk ko jd istri n mak yg baek..kan abg dah train ko ckup2..hehehe..see  abg syg ko taw tak =)

lagilagi ko ckp lagi kat aku'
"Ko xyah nk kenal2 ngn kawan aku wlaupon kwan aku hensem2.. ..aku x ske ko knal dorg..tp aku knal kawan ko x pe..sebb kwan ko cun2.. boley aku try..haha"
ko ingat aku nak sangat ke kwan ngn kawan2 ko tue..x heranlaaa...kwan2 aku da ramai.. ko tu yg penyebok usha kwan aku nk try market..x malu ke?..hahaha

tp aku taw ko snanye nk ckp cni,
"abg bukan ape, kwan2 abg tu sume x ley pki..giler.tapahape..ko tu bek..x sesuai kwan ngn kawan abg.. dorg tu pelikpelik...harap muke je..perangai..harammmm... abg nak protect ko nie..abg harap ko pham..sbab aku kan abg ko =)

n lagilagilagilagi..ko ckp cni'
"KO ni kenape ek?.slalu bwat aku marah..dah pergi blah!!"
eleh..ko ingt ko tu x penah bwat aku marah ke???...eee..aku pon menyampah tengok muke ko..cis

tp aku taw ko nak ckp cni
"abg nak ko biase kene mara..so nt ko boley face life ko x kire apepon berlaku.....ko tak taw lagi...dunia nie cne..mmg ko dah besar..tp bg abg ko still adek abg yg gedik n manje mcm budak kecik ..and abg syg gilergiler kat ko..mati pon abg sggup...so abg nk ko jdi kuat macm ironwoman..hehe..abg x nk la ko mudah sgt jatoh..pastu x ley bgun2dah..yea..abg jahat ngn ko..sebb abg nk ko jd budak bek...jgn riso ko bek sgt..tp ko ade nakal sket sbb ko suke kenekan abg depan mak ayah... ko pandai amek ati mak ayah..abg jeles ngn ko..tp papehal pon ko tetap adek abg... abg bwat ko cni sebb abg harap nt ble abg da x ley jge ko...ko taw cne nak jge diri sendiri....sory la abg slalu buli ko...tpkan tgungjawab abg besar taw..smpi mati pon dose ko abg tggung..so..jdilah perempuan terbaek..sbb nt ko boleyh tarik abg masuk syurga..... kan aku abg ko =)

waaaa..abg aku cni rupenye ek...along, aku syg ko. =)

to all abg2 yg ade adek pompuan kat luar sane.. jagelah adek korg bek2 mcm abg aku(walaupon aku slalu saket ati ngn die..ish). .n pade sume adek2 perempuan mcm aku..kite beruntung sebb kita ade abg..trust me..cne pon dorg..dorg akan protect korg ckup2..smpi dorg rase ade org yg sesuai tuk protect korg..jadi..sayangilah abg anda... =)




JGN MINTAK IZIN NAK SHARE..SAYE DENGAN INI SECARA RASMINYE..SAYE IZINKAN..HEHEHE..

Monday, November 8, 2010

WAJIB MEMBACANYA

DI AMBIL MELALUI FACEBOOK RAKAN..FULL CREDIT TO AUTHOR

by Samudera Abadie on Friday, April 23, 2010 at 6:29pm


10 FADHILAT COCA COLA

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!




4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Jadi, bagaimana pula dengan kita yang selamber jer minum coke tu..?? apakah kesannya keatas badan kita? sama2lah renungkan...




TAK DER TAJUK

ermm.....

nape pown da pelik kan....

xder tajuk...tp itulah kenyataan...

ape yang aku nk tulis sbnrnyer ni...ape yg aku nk citer dalam blog aku ni..

huh..pening memikarkan ape yang nk d buat..

nk buat sal make-up...aku xreti make-up..

kalo skdr nk cri video2 dlm youtube n share kat sini

bole la kot..





nk wat entry sal bola...time ni da xder bola...kalo ader pown

maggeris punyer story la...xbape suke manggeriss...lbh suker kpd local footbal..

nk stdy pown mlas....so..

ape yang harus aku lakukan di sini....

sedang mencari idea yang menarik di sini..tp apakan daya..

tak ku temui

ok....dr mmbuang masa begitu sahaja...

baik la aku mencari video2 yang menarik untuk di kongsi di sini


layan dulu....

lagu Adira AF8..

besh jugak lagu dier...

layan habisss aku...