Thursday, November 11, 2010

APA NAK JADI


Pelajar 16 tahun didakwa menculik, cabul murid

KLANG - Sorang pelajar berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan menculik dan mencabul murid berusia lapan tahun.

Tertuduh adalah pelajar tingkat empat, dituduh melakukan perbuatan itu, kira-kira jam 6.40 petang, 25 Oktober lalu, di hadapan sebuah sekolah, Pandamaran, Klang dengan menculik murid berusia lapan tahun.

Bagi kesalahan kedua, pelajar itu melakukan kesalahan kira-kira jam 6.40 petang hingga 7.10 malam, tarikh yang sama di ladang kepala sawit, Teluk Gong, Pandamaran, menggunakan kekerasan jenayah terhadap murid berkenaan dengan mencium kepala, dahi dan membuka pakaian mangsa.

Tertuduh, ditangkap pada 26 Oktober lalu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang menerima hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebatan, jika didapati bersalah.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistert Afifah Mamat@Yusof, dia hanya mengangguk, tanda faham.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memohon kepada mahkamah untuk sebutan semula kes itu supaya dapat didengar di Mahkamah Juvana, memandangkan kes ini membabitkan pelajar bawah umur.

Afifah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 November ini sebagai sebutan kes berkenaan untuk didengar di Mahkamah Juvana.










sources: sinar harian

note: ini lah kalau teknologi di salah gunakan...kalo zaman2 aku dulu..xder la nk buat cm ni...heheheee....taun 2004....6 years back...apa yang akan berlaku 3 tahun akan datang....kalo kecik2 pon da pdai buat yang bukan2...kalo da besar xtau la mcm mane....kadang2 faktor keluarga memainkan peranan penting...sikap jaga kain perlu ada tapi kain sendiri pon harus di jaga..bukan ape...kadang2...asyik kadang2 jer aku ni....
ok2..kadang2...asyk nk tegor anak orang jer...tp anak sendiri pon same jer..bahkan lagi teruk...it is true story..bukan cerita rekaan...apa yang aku perhatikan..mereka belom nampak dunia yang sebenar kerana merekan hanya pikir nk suker je...so, ibu bapa harus memberi kebabasan kepada anak2 tetapi dalam kuantiti yang terhad...

1 comment:

  1. dasyat sungguh budak2 sekarang. Minta2 tak jadi pada ahli keluarga sendiri..

    ReplyDelete