Saturday, November 6, 2010

LOOKING FOR WEEDING THEME????

 belek2 kosmo...so terjumpa la tentang ni....nmpak cm best jugak...tp how about kos???

bagi mereka yang berkemapuan dan menginginkan kelainan..bolehlah try pakej ni....

so layan jer story ni...

URBAN


Perkahwinan di awan biru




KETIKA pasangan Desmond Chin Woei Shin, 29 dan Lee Liu Cheow, 26, merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh istimewa 10 Oktober lalu, jauh daripada sangkaan mereka bahawa tarikh itu akan diisi dengan momen indah yang luar biasa. 

Apatah lagi angka eksklusif itu jatuh pada hari ke-1,010 mereka bercinta. Berasal dari Melaka, mereka bagaimanapun menganggap signifikan nombor tersebut hanya berlaku secara kebetulan.

“Kami merancang agak lama untuk menanti saat ini. Kebetulan ada pakej Wedding Made In The Sky yang ditawarkan oleh Menara Kuala Lumpur (KL), sudah tentu ia menambahkan lagi saat indah gerbang perkahwinan kami,” jelas Desmond yang mengenakan sepasang sut perkahwinan serba putih.
Bagi pasangan Ryan Lee Wei Chen, 25 dan Jean Yap Chih Ching, 25, pula tarikh 10 Oktober lalu menandakan tahun ke-10 mereka bercinta. 

Berasal dari Kuala Lumpur, pasangan yang bekerja di Singapura itu memberitahu mereka mengetahui tentang pakej perkahwinan tersebut menerusi Internet.

Ryan yang melamar Jean pada bulan Disember tahun lalu merupakan salah satu daripada tujuh pasangan bertuah yang disatukan dalam sesi perkahwinan eksklusif di menara tertinggi di Asia Tenggara itu.
Menganggap komunikasi yang baik serta kejujuran sebagai elemen paling penting untuk mengekalkan sesebuah perhubungan, pasangan berkenaan berada di Menara KL seawal pukul 11 pagi pada tarikh istimewa 10.10.10. 

Memulakan hari bermakna mereka dengan dandanan rambut dan solekan, acara kemuncak pada hari itu hanya bermula pada sebelah petang. 
 
Tepat pukul 2.30 petang, kumpulan media dan tujuh pasangan itu dibawa keluar dari menara tersebut dengan kenderaan MPV ke Institut St. John KL. 

ZURAIDA (tujuh dari kiri) bersama tujuh pasangan pengantin yang mengambil pakej Wedding Made In The Sky.


Mereka terlebih dahulu berkampung di institut itu kerana ketujuh-tujuh pasangan akan bergilir-gilir menaiki helikopter untuk menikmati panorama indah KL selama 10 minit. 

Ia menawarkan satu pengalaman ‘bersatu’ di awan biru bagi ketujuh-tujuh pasangan bahagia tersebut.
Menurut Ryan, pengalaman tersebut tidak akan dilupakan oleh dia dan isterinya memandangkan itu adalah kali pertama mereka menaiki pengangkutan udara berkenaan.

“Kami sangat teruja kerana sebelum ini tidak pernah pun menaiki helikopter. Saya yakin ini ialah satu momen yang akan diingati selama-lamanya,” tambah Jean.

Bagi pasangan campuran warga Britain dan Malaysia, Aled Morgan dan Christine Chook Yim Ling pula, walaupun menaiki helikopter bukanlah sesuatu yang asing, namun pengalaman berkahwin di awan biru tetap istimewa. 

Aled yang bekerja dalam bidang cari gali minyak dan gas itu sebenarnya turut berkebolehan mengendalikan helikopter.

“Pada pandangan kami, tiada yang lebih bermakna selain memilih konsep perkahwinan yang berbeza daripada biasa,” kata Christine yang tersenyum bahagia di samping suaminya itu.


Pakej RM25,000


Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, pakej Wedding Made In The Sky menyaksikan sejumlah 35 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan mereka di menara itu. 

Malah, populariti Menara KL sebagai destinasi melafazkan ikrar perkahwinan dilihat berpotensi untuk menarik lebih ramai pasangan dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Zuraida Mohd. Said berkata, pihak menara bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menunaikan impian pasangan yang inginkan kelainan pada hari istimewa mereka.

Menariknya, pada tahun ini, aktiviti bersejarah tersebut diadakan bersempena dengan KL Tower International BASE Jump Malaysia 2010 yang memasuki tahun ke-10.
Selain melafazkan ikrar perkahwinan di Kampung Budaya 1Malaysia di Menara KL, ketujuh-tujuh pasangan turut disajikan dengan pertunjukan BASE Jump oleh 100 orang penerjun profesional dari seluruh dunia.
DENGAN bayaran RM25,000 pasangan pengantin ini melangsungkan perkahwinan pada tarikh 10.10.10 di Menara KL, lengkap dengan solekan, sesi fotografi, cenderamata dan majlis resepsi.


Aksi-aksi ekstrem tersebut lebih bermakna apabila tujuh penerjun mendedikasikan terjunan khas untuk tujuh pasangan terbabit.
Menurut Zuraida, bayaran pakej tersebut adalah RM25,000 untuk setiap pasangan dan ia merangkumi solekan, sesi fotografi, cenderamata dan majlis resepsi di Open Terrace, Menara KL.
Namun katanya, pakej tahun ini lebih istimewa kerana buat pertama kalinya, pasangan pengantin berpeluang menaiki helikopter bagi mengingati momen bersejarah itu. Biarpun setakat ini, pasangan daripada kaum Cina lebih banyak berminat dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan, Zuraida berkata, pakej untuk perkahwinan orang Melayu bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

“Kami berharap lebih ramai pasangan Melayu yang meminati perkahwinan di dalam hotel atau kampung akan berminat untuk mengambil pakej ini nanti,” tambahnya.

Majlis resepsi yang akan diadakan di Megaview Banquet Deck boleh menampung kapasiti sekitar 200 hingga 300 orang pada setiap masa. 

Malah, Zuraida berkata, pakej majlis resepsi itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada pasangan yang sudah pun menempah sehingga tarikh istimewa, 11 November 2011.

Pakej kenangan manis di Pelantar Terbuka Menara KL pada ketinggian 300 meter dari aras laut itu turut menerima penajaan daripada Bellnotes, QJelly, Tai Thong Group of Restaurants, Safe Tree, The Only One, Lovesells, Precious Bridal House dan Fantasy Village.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan di Menara KL, anda boleh menghubungi Sooky Au di talian 013-350 1972.

No comments:

Post a Comment