Wednesday, November 3, 2010

OWHH TIDAKKKK.....MINYAK NAIK LAGI..

ahahhahaa...msti terkezut ngn tajuk ni....

hehehee..rilek la der...ceewah...

minyak mmg naik...tp untuk RON 97 jer ( nasib bek aku pakai RON 95) hehheheee....

nati kalo RON 95 pon nek...jalan kaki la aku....

ok2...lets move to Facts dimana aku jmpe tajuk ni....

jeng2.....copy n paste cm biase......

2 dierrr............bace jngan tak baca

Harga RON 95 kekal tahun ini


PENGGUNA diberi jaminan harga RON 95 tidak akan naik tahun ini kerana ia dikawal menerusi subsidi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.
Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.
"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.


so: sape2 yang guna RON 97...kene la berjimat cermat...

cm ner nk jimatkan minyakk...

jom baca entry ni....

copy paste cam biase : full credit to the writer

http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=72%3Aautomotif-tips-menjimatkan-penggunaan-minyak-kereta&catid=38%3Aautomotif&Itemid=18

  • Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai 
    • Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

  • Kurangkan Berat / Bebanan Kereta
    • Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.
  • Tayar Diisi dengan Tekanan Angin Yang Betul
    • Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

  • Lakukan Penyelenggaraan Dan Servis Berkala
    • Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
  • Kurangkan Kelajuan
    • Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

  • Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
    • Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
  • Bijak Dalam penggunaan Gear
    • Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod ‘ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya.
    • Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
  • Membrek Pada Jarak Yang Selamat
    • Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.

  • Rancang Perjalanan
    • Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
  • Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
    • Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

  • Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
    • Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
  • Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
    • Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan  penggunaan minyak sehingga 10 peratus.

  • Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai
    • Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
    • Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".
             Barang Yang Perlu Dibawa

                    Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang      
                    dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga
                    boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.


selanat beramal ;-)

2 comments:

  1. Duk Malaysia..mmg kena hadapi benda2 mcm ni.minyak naik,hrg brg naik,tol naik,semua naik..apa yg x leh naik pas ni???bdn ler..sbb kena diet.Bagus tak???hahaha.

    ReplyDelete
  2. hahahahaa...betoi2...sokong...minyak naik barang pon naik..tp biler minyak turun...barang x turun2....

    ReplyDelete