Wednesday, December 22, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010- 1st Match

khas buat merekan yang ingin menyaksikan AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung di Stadium National Bukit Jalil pada Ahad ini, tiket2 bolehlah di dapati pada esok hari 23th Disember 2010 di kaunter pintu kuning Stadium National dari pukul 10.00 am until 7.00 pm ( bagi penyokong Malaysia).

bagi penyokong Indonesia anda boleh mendapatkan tiket di Kaunter Biru dan sekiranya mendapat keizinan FAM akan menjualnya di Kedutaan.

bagi mereka yang tidak dapat menonton perlawanan secara live di stdium, anda juga RTM akan menyiarkan perlawanan tersebut secara live di RTM 1. mybe lewat 30 minit. di harapkan masa 30 minit awl belum ada gol..kalo x menyesal akoo...hohohohohoohoho..

harga- harga tiket adalah seperti berikut:-

tertutup = RM 50
terbuka = RM 30
kanak-kanak = RM 5

sebanyak 15 000  out of 88 000keping tiket di peruntukkan kepada penyokong Indonesia
 
justeru itu, penyokong2 Malaysia di harapkan agar segera mendapatkan tiket di kaunter2 yang sah bagi mengelakkan anda di tipu oleh ulat2 tiket yang sedia menyedut darah anda
 
 
katakan tidak kepada ulat tiket 

KEPENTINGAN PELABURAN

di hitung-hitung, tahun 2010 akan berakhir
kalau di kira-kira taun depan pn umur akan meningkat ke 1 angka lagi
kalo skrg umurnya 1 tahun tahun depan bermakna 2 tahun
tp sudahkan anda menabung demi masa depan yang gemilang dan terbilang????

kepada sesiapa yang sudah menabung dalam apa2 unit kewangan kecuali menabung dengan Ah-Long...
hahahhaa...ngn Ah Long bukan menabung tp menempah maut kalau x byr
tetapi menabunglah dalam institusi yang mendapat kelulusan daripada kerajaan.
contohnya ASB, ASN, Public Mutual, Bond, Common Share, Insurance dan sebagainya

sekurang2 nya, kalo da akhir tahun ni boleh la berfikir tentang berapakah side income yang kita akan dapat.
sebagai contohnya:-

aku sendiri da melaburkan diri dalam ASB sejak 2007 itu pun hasil daripada keje yang aku buat selama 2 bulan sebelum smbung belajar. tak la begitu banyak tp cukup lah kalo nk terima hasil dalam 30++ RM per year. huh...time dapat 2...memang hepy la then aku dapat further study aku so, every sem mak aku ada la melaburkan diri RM 50 dr duit pinjaman...hehehhee..kedekut je time 2.

tp ape yang aku paling syok nyer,mak aku yang belajau hanya smpai tingkatan 3 lagi expert dr aku bab2 ASB ni..bukan stkt mak aku, tp mak cik @ pakcik2 yang x da ilmu sal unit trust pon pndai melabur lbh dr seorang expert bahkan jangan terkejut kalau dieorang selalu dapat more than 3000+++ per year from their punyer pelaburan. so fikirkan lah berapa jumlah acc dieroang kan.

so this year PUNB da declare yang pulangan pendapatan 7.5 sen per unit dan dividen 1.25 per unit. kalo di fikirkan berapa income anda setahun..hehehhee..berbaloi jugak la kan coz modal pon kecik.

justeru itu, kepada sape2 yang bru je dpt keje, better buat simpanan awal bagi kemudahan anda pada masa hadapan.

remaja2 di luar sana pon better buat simpanan untuk anda pencen terlebih awal kerana nilai duit kita sekarang x kan sama dengan nilai duit kita pada masa hadapan dan kita akan lebih memerlukan wang selepas pencen bagi memastikan kita tak suffer di kemudian hari.

Sunday, December 19, 2010

SKUAD KELANTAN 2011

released by Tan Sri on 16th December

1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (NEW)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (NEW)
12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @K.Soley (NEW)
19. Nurul Azwan Roya (NEW)
20. Danial Fadly Abdullah @Wirat Nom (NEW)
21. Norshahrul Idlan Talaha (VC)
22. Ramzul Zahini Adnan
23. Nizab Ayub
24. Khalid Jamlus (NEW)
25. Nicholas Chan (NEW from Cardiff City)

TRANSFER OUT :
1.Syed Adney LOAN to SABAH
2.Hairudin Omar OUT to Negeri Sembilan
3.Akmal Rizal OUT to Perak
4.Indra Putra Mahyudin OUT to T-Team (Not Valid Yet)
5.Azizi Mat Rose OUT to T-Team (Not Valid Yet)
6.Norfarhan Muhammad OUT to T-Team (Not valid Yet)


sources fb Tan Sri

Tan Sri Annuar Musa ‎2011..kita ubah pendekatan.kitA tidak mengejar bintang.90 peratus Trw adalah ANAK KLATE..dan ramai dibawah 24th.sasaran kita sederhana saja..minima separuh akhir FA,top4 LIGA,Dan pertahan piala Msia..angkara 3 pemain mmg telah mencacatkan perancangan sy..tapi kita TAK putus asa..kita bina aaas utk 2012 dan seterusnya..kita nak tumpu pd devt bakat..

ROAD TO JAKARTA

 SOURCE: KOSMO ONLINE

Pentas akhiri badi


SAFIQ RAHIM (kanan) bakal menjadi pemain sandaran pada pertemuan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.


STADIUM My Dinh di Hanoi, Vietnam bakal menjadi saksi sama ada skuad bola sepak kebangsaan berjaya menamatkan badi separuh akhir atau terus kempunan untuk mara ke final selepas 14 tahun.
Di stadium tersebut malam ini, skuad negara akan berdepan Vietnam untuk meneruskan aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 setelah Malaysia menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.
Malaysia hanya pernah sekali melepasi pusingan separuh akhir iaitu pada edisi sulung 1996 dengan menewaskan Indonesia 3-1 tetapi tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi final.
Enam edisi berikutnya, Malaysia empat kali tewas di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002 & 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali kandas di peringkat kumpulan (1998 dan 2008).
Namun menjelang pertemuan penting malam ini, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal enggan terlalu memikirkan rekod lampau sebaliknya mahu para pemain fokus mempertahankan kelebihan dua gol.
“Itu semua cerita lama. Kita tak boleh nak banding sangat kerana ia pasukan dengan jurulatih berbeza dan pemain juga berbeza.
“Apa yang lebih penting, saya mahu pemain beri fokus sepenuhnya kerana Vietnam pasti akan bertubi-tubi memburu gol. Kita tak boleh lepaskan peluang terbaik untuk ke final ini.
“Walaupun menang 2-0 di Bukit Jalil, saya tak fikir pemain akan ambil mudah aksi kedua ini. Cuma saya harap mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan individu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Sementara itu, dua pemain kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berjanji untuk mempertahankan kubu mereka dengan baik pada malam ini.

Rajagobal mahu para pemain negara beri fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki.


“Kami perlu berusaha lebih keras lagi. Harap barisan pertahanan dapat kekalkan aksi konsisten. Tekanan sentiasa ada tetapi ia hanya akan memberi kesukaran jika kita asyik memikirkannya” kata Khairul Fahmi, 21.
Asraruddin Putra, 22, pula menambah: "Saya belajar daripada kesilapan dan ambil iktibar daripada segala kritikan sebelum ini. Kami di barisan pertahanan akan meningkatkan kerjasama untuk memastikan gawang kita tidak dibolosi.”
Namun jurulatih Vietnam, Henrique Calisto bakal menurunkan semula pemain tengah penyerang, Nguyen Trong Hoang yang digantung satu perlawanan Rabu lalu serta dua pemain yang kembali daripada kecederaan, Doan Viet Cuong dan Phan Van Tai Em.

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH BUAT SKUAD NEGARA

Thursday, December 16, 2010

TAHNIAH BUAT PASUKAN MALAYSIA

tahniah buat buat pasukan kebangsaan kerana berjaya menumpaskan pasukan yang kuat seperti Vietnam di laman sendiri.

gol dari Safee Sali  pada minit ke 60 dan 79


buat pertahan negara.....good job even ader yg sedikit bolos


keeper memang terbaik...


wish u all dpt buat yang terbaik mase kt Hanoi...


i'm proud to be Malaysia




MALAYSIA 2-0 VIETNAM




sources: kosmo online