Thursday, January 20, 2011

TELEFILEM JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA

sape yang ader tgok citer ni semalam....sila angkat tangan................
1.......... 

2..........

3..........

4..........

5......... 

yes...ader nampaknyer yg angkt tangan tow..
amacam...beshh ke x??
hampir mengalir air mata??
geram???
any comment lagi....sila luahkan

and kepada sape2 yang belom tgok ag citer ni...
aku ader la copy pastekan sinopsis dier..
tp sinopsis jer..jalan citer dier menarik..tp singkat sngt...xsempat berkembang...hehhehhehe
ape2 pown layan jer...


Drama “Jangan Hantar Aku Ke Neraka” yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami, mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya.

Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya. Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.

Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya yang luka walaupun jauh di sudut hati Zai amat merindui ibunya. Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit.

Mak Jah semakin tenat, nama Zai acapkali disebut-sebut membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka. Dalam keadaan nazak sebegitu, sekali lagi Mak Jah dimarah kerana masih lagi mengingati Zai yang hilang entah ke mana. Pada suatu hari, Zai mendengar berita tentang kematian ibunya yang tersayang. Zai terus pulang ke kampung tetapi Hamzi dan Ita tidak membenarkan Zai melihat jenazah ibu mereka sehingga tergamak untuk mengikat Zai pada tiang di bawah rumah. Tiada siapa yang dapat membantu Zai dan ini membuatkan Zai berasa dirinya bersalah terhadap kematian ibunya dan telah menjadi anak derhaka.

Masa berlalu, kini Zai telah berjaya menjadi penggunting rambut profesional dan kehidupannya mula senang. Sebaliknya abang dan kakaknya pula hidup dalam keadaan yang begitu sudah. Hami kaki judi sering diugut oleh konco-konco Khalid untuk mengutip hutang. Ita juga sering memarahi Hamzi kerana meminta hutang yang dipinjamkan kepada Hamzi. 

Suatu hari Hamzi dipukul teruk oleh konco-konco Khalid dan akhirnya menjadi lumpuh.
Kini Ita terpaksa pula menjadi Hamzi dan keadaan menjadi semakin tertekan buat Ita kerana diberhentikan kerja. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga, Ita dirogol oleh konco-konco Khalid dan Hamzi tidak dapat berbuat apa-apa kerana lumpuh. Keadaan dua beradik itu menjadi semakin tidak terurus dengan Hamzi yang lumpuh dan Ita yang semakin tertekan apabila mengandungkan anak yang tidak diketahui siapa bapanya.

lakonan hebat daripada : allahyarham Faizal Yusuf, Watie Sadalie,Fadhilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Wan Sharmila

sources: http://www.budiey.com
 
p/s : kepada yang belom tonton citer ni..boleylah berbuat demikian di:-
 
www.tonton.com.my

No comments:

Post a Comment