Sunday, February 27, 2011

LIGA SUPER PUNYER STORY

hello.......selamat hari ahad kpada sumer reader yang sudi memijakkan tangan mereka ke belong ini...

kaloo time skolahh dulu...ahad adalah hari yang malas coz kene g kelas...

skrg malas ugak coz kene g keje.....

tp......hari ahad jugak adalah time untuk bekarya selepas 2 hari pencen dr internet ni....

even x banyak story...namun story tentang bola mesti ade....

jom membaca entry sal perlawanan yang telah berlangsung antara Kelantan Vs Kedah

merujuk akbar kosmo........perlawanan berkesudahan seri satu sama dengan jarringan pembukaan daripada Kedah yang berjaya mengalahkan "APEX" hasil hantaran daripada Mr.Kapitan kepada Azlan Ismail

Kedah hampir memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan tetapi Mat Yo berjaya menjadi penyelamat dengan menjaringkan gol pada lewat permainan...

berikut adalah komen daripada Boh Mer melalui kosmo online

"Kita sudah menjangkakan satu perlawanan sengit akan berlangsung malam tadi (kelmarin) tetapi tidak menyangka kita mempunyai banyak peluang terbaik tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang kurang baik."

“Separuh masa pertama kita menguasai permainan dan gol yang dihasilkan Kedah pada awal babak kedua jelas sedikit melunturkan semangat pemain tapi kita bertuah kerana berjaya mengikat kedudukan pada penghujung perlawanan,”

lain pulak dengan T-Team yang berjaya mencatat kemenangan pertama ke atas Perlis dengan keputusan 3-0

selangor hanya mampu seri 0-0 dengan Johor Fc

N9 berjaya mengalahkan Sabah dengan jaringan 1-0

Harimau Muda A mengikat Felda Fc dengan seri 1-1

dan Perak mengekori rapat Kelantan dengan menang keatas Pahang 0-2


NEXT GAME:-



DATE:- 1ST MARCH 2011
VANUE:- SSMIV
TIME:- 8.45 PM

credit to: TRW.fm for Picture
                   kosmo online for aticle


p/s: kalo korang rasa nk chat or dgr lagu come and join me at:-



 



   

Thursday, February 24, 2011

PERTANDINGAN MEMANCING

hari ini aku nk pomot sal "PERTANDINGAN MEMANCING" yang department tpt aku practikal  ni buat....

menurut salah seorang staff yang incharge pertandingan ni....Majlis (nama tpt aku keje), da lame xwat pertandingan ni...so d sbbkan rmai org tny jd they all pon nk wat balik.....

so...i 1st task group aku wat (2 org lg kwn aku a.k.a student prac jugak) memerah otak yang xder basic sal wat poster ni.......++ dpt bmbingan dan komen2 yang membina dr staff and other student....maka........timbul lah poster untuk tatapan umum ni.......

1st draf yang aku publish dalam FB dan berjaya mendapat banyak komen yang membina dari rakan-rakan FB dan berjaya dijadikan Final Poster untuk Majlis...


2nd Poster yang di publish dalam FB:- final Poster


 
p/s : kepada sape2 yang berada di area Kelantan or Terengganu pada masa pertandingan berlangsung...
kalo u oll berminat boleyla datang ke sana okehh...

Wednesday, February 23, 2011

NEW POST

gud morning reader......

ape kabar sumer?????sehat kah???

hari ni...sementara nk memerah otak untuk membuat article jabatan dan mencari data....

better untuk aku mengUPDATEkan Belog yang sudah sedia belum di Update...

1st ingtkan nk post sal bola...tp di sebabkan rakan2 lamaku mengatakan aku telah Berchinta dengan bola....

jadi.......aku menjarakkan masa sedikit...menjauhi dunia bola...

dibelek2 surat kabor hari ini...seperti biasa....

paper Kosmo online selalu menjadi sandaran hati...

aku terbaca lah pasal ni........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
  KAJI OPSYEN KEKAL HARGA RON 95



KENAIKAN harga minyak dunia menyebabkan kos subsidi untuk RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia turut naik. - Gambar hiasan


1st.....ape yang terlintas di kepala korang???????

adakah harga minyak akan naik lagi setelah ia naik berkali-kali????
menurut berita yang aku baca ni......kerajaan telah mengkaji opsyen yang membolehkan harga minyak RON 95 akan kekal walaupun kenaikan harga minyak mentah dunia meningkat.......

ape yang aku faham di sini adalah....kerajaan memikirkan cara untuk meletakkan Fix price pada harga minyak ni pada satu tahap yang maybe tinggi sedikit supaya mereka dapat mengurangkan subsidi semasa harga minyak murah dan menaikkan subsidi apabila harga minyak tinggi...sebagai contohlah....kerajaan menaikan harga minyak RON 95 kepada RM 2.30.....myb harga ini akan kekal even minyak mentah dunia kurang dari RM 1000 pertonne dan more than RM1000 pertonne (hanya sebagai contoh). sbg contoh kalo yang study derivative la...buy when low, sell when high....(entah betol entah tidak formula ni...da lupa da)..sebagai contoh terdekat yang kita boley ambik adalah seperti Air Asia la...cm ner they all leh survive dengan tambang murah even harga minyak ni slalu flactuate??????

sumer ni just pendapat aku la...tp aku xsure la boley ke Kerajaan Malaysia nk buat sumer ni and adakah kita mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk menyimpan stok minyak????ape2 pown...ni just pendapat aku and xder kene mengena ngn pihak2 yang berkenaan.

p/s: kalo sape2 ader cadangan dan komen....silalah nyatakan pendapat anda.....sekian terima kasih





  

Sunday, February 20, 2011

GOALLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 ni post yang ke dua untuk hari ini...

biarlah isu dah lapuk pon...aku still nk post sal ni jugak....

ni isu sal bola Kelantan vs T-Team...

yang berakhir dengan Kelantan menang sepakan penalti 6-5..

hip hip horey....even Indra berjaya menumpaskan Apex...namun kiter tetap menang..

semangat juang yang tinggi di tunjukkan oleh pasukan Kelanta even 3 tunggak utama Kelantan pada musim lepas menerajui T-Team....

jom kiter bace article dari Kosmo Online ni.....

Rentak T-Team masih menghampakan

AZIZI (kiri) antara pemain berpengalaman yang menganggotai skuad T-Team musim ini.




MENGECEWAKAN.

Mungkin itu yang boleh dirumuskan dengan rentak permainan T-Team pada saingan Piala FA menentang Kelantan, kelmarin, lapor MANIRAH OTHMAN.

Meskipun dibarisi beberapa pemain berpengalaman, tetapi mereka masih gagal mempamerkan persefahaman.
Biarpun berjaya memberi saingan kepada Kelantan pada perlawanan pertama Piala FA 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin setelah terikat 1-1 dengan Kelantan, namun mereka tewas pada penentuan sepakan penalti yang memihak kepada pasukan pelawat 6-5.

Sebelum ini, dalam perlawanan Liga Super, T-Team sekadar mengutip satu mata ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi sulung sebelum tewas tiga kali berturut-turut kepada Negeri Sembilan, Harimau Muda A dan Pahang.

Menurut pengurus T-Team, Rozi Mamat, Yunus Alif selaku jurulatih perlu berusaha lebih keras bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan selain mencari formula terbaik untuk membentuk gandingan mantap khususnya di jentera serangan.

"Pasukan ini tidak ada masalah sebab diwakili ramai pemain berpengalaman, cuma sekarang tidak ada persefahaman antara mereka.

"Harap jurulatih atasi segera masalah ini untuk kita bangkit pada perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.

Jelasnya, antara pemain berpengalaman yang menganggotai T-Team ialah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.

Selain itu, pemain berpengalaman seperti Rosdi Talib, Sobri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Haris Safwan Kamal turut mengukuhkan skuad ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Yunus memberitahu, hanya nasib yang tidak menyebelahi mereka.






  

HEPI DI PAGI HARI

gudd mornig readers....

sesampanyer d opis.....on FB dulu...

then....jeng2....ader 1 msj kt inbox...

kalo korang perasaan la...header yang kat atas 2....da berubah....

2 la yang ako dapat...

ia hadiah daripada my junior mase kt uni dulu...

blog dier memang chantekk plus ngn header yang menarik...

aku pon da pening nk wat header cm 2...

then..ari ni dapat free header...so heppy la...

xyah la ako susah2 memeningkan kepala nk wat...

kalo korang rase nak header cm 2...boleyla korang lawat blog dier...

free jer..hehehheh....

ini yang aku dapat ;-

sini aku tagged la name die....korang rajin2 kan diri la melawat ke sana....

belog Lin

 


   

Friday, February 18, 2011

POSTING PASAL BOLA

gud moning reader...


hari ini aku nk citer cket sal hobi aku yang terlampau...


iaitu suker bola....


hari ini adalah hari yang di tunggu2 oleh aku kerana.......


Ex-player Kelantan iaitu my ex-kapitan, en Indra Putra dan rakan2 iaitu Paan( Nor Farhan) ngn GG(Azizi Mat Rose) bakal bertemu dengan ex-team nyer iaitu team pujaan aku iaitu The Red warriors yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu.


sama2 kita nantikan keputusan nyer.....

ape yang penting....Gomo Klate Gomo....


barisan kemungkinan kelantan

apex, daud su, zairul fitree, peja, ise, azwan roya, piya (kp), solehin, shakir, Rojo and Mat Yo.

souces: sinar harian kelantan






   

Sunday, February 13, 2011

CELEBRATE VALENTINE???????

ni post yang ke dua untuk hari ini......

kalau di hitung.....esok merupakan Hari Kekasih ataupun dalam Bahasa Manggeris "Valentine Day"

ceewaahhh.....mesti ramai kapel2 yang sedang mencari hadiah or nk buat surprise utk pasangan dieorang..
tapi....adakah anda tau bahawa Valentine Day adalah HARAM untuk disambut bagi umat Islam.

why???? kerana ia Ia adalah Hari Kejatuhan Islam jadi secara konklusi nyer..

sekiranya anda menyambut valentine ia sama seperti anda menyambut hari kejatuhan Islam.

justeru itu...pihak berkuasa telah menjalankan operasi besar-besaran bagi mencegah sambutan ini di kalangan umat Islam.

rasionalnyer:- 

 kalo ad smbutan ni...selapas 9 bulan, akan tertera di dada akhbar " MAYAT BAYI DI DALAM TONG SAMPAH" dan di mana2 tempat..
jadi bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini...eloklah mengelak daripada menyambutnya kerana pada hari tersebut....setan sedang berseronok bekerja menyesatkan Umat Manusia.


jom baca history Valentine day ni....(luangkan masa anda selama 5 minit dan fahami erti sebenar)
Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.




   

HIP HIP HOREYYY

gud monim coz skrg pkol 8.33 a.m

pagi2 da eppy coz Kelantan menang menentang menentang Johor Fc.

aku frust seket la semalam coz RTM x wat live even game negeri len pon...

nk tgok ASTRO...xder, nk bukak tenet line xder...so...di pagi hari kat opis ni..

on9 seawal pagi semata2 nk tgok result bola...

kalo ader kat KB kan bagus....hehehhehehehe (dapatlah g stadium meraikan kemenangan bersama2)
skorer:-

minit ke 29 : Nurul Azwan Roya

minit ke 50: jaringan sendiri

minit ke 72: Nor Shahrul Idhlan Talaha

minit ke 77: Nizad Ayub

kalo nak kepastian jom baca entry ni....
berita daripada Kosmo online

Kelantan pimpin Liga


KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melepaskan sepakan ke arah pintu gol Johor FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam tadi.


KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.

Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on.

Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.

Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United.

Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1.

Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0.

Thursday, February 10, 2011

BACK TO BASIC

ape yang di maksudkan dengan "BACK TO BASIC"?????

ia aderlah....berkenaan dengan dunia football..

smlm malaysia telah berjaya menumpaskan Hong Kong ( 2-0 ) di Stadium Shah Alam hasil jaringan my kapitan  Shafiq Rahim dan si tinggi lampai Amirul Hadi Hj Zainal

so sekaranag kite bace full story yang di cover oleh Kosmo

Makin garang


AMIRULHADI (kiri) mempamerkan aksi cemerlang apabila menjaringkan salah satu gol Malaysia pada aksi menentang Hong Kong semalam Malaysia menang 2-0.


SELEPAS kejayaan menjulang trofi pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu, skuad bola sepak kebangsaan meneruskan rentak garang.

Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal muncul wira selepas masing-masing meledak satu gol pada minit ke-43 dan 90. 

Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas pasukan yang menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara, kualiti serta corak permainan yang dipamerkan anak-anak buah Rajagopal pada perlawanan itu wajar diberikan pujian.

Ketika ini, Skuad negara menghuni ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong pula di tangga ke-143.

Jika sebelum ini ada segelintir pihak menganggap kejayaan yang dilakar barisan pemain negara pada Piala Suzuki AFF tahun lalu tidak akan bertahan lama, ternyata andaian tersebut jauh meleset sama sekali.

Kemenangan ke atas Hong Kong itu sudah mampu membuktikan segala-galanya biarpun diakui masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Bagaimanapun, anak-anak buah Rajagopal wajar diberikan kredit di atas usaha serta komitmen mereka bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak tanah air di pentas antarabangsa.

Ini boleh dianggap sebagai permulaan dan diharapkan barisan pemain negara yang ada ketika ini mampu melangkah lebih jauh lagi.

Andai rantau Asia Tenggara berjaya ditakluk, tidak mustahil skuad negara mampu layak beraksi ke saingan Piala Asia dan siapa tahu ke Piala Dunia pula.

Pada aksi semalam, hampir 10,000 ribu penonton hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara yang jelas menguasai perlawanan berbanding Hong Kong.

Jika tidak disebabkan tiang gol, anak-anak buah Rajagobal sudah pasti meraih gol awal menerusi rembatan voli penyerang baru kelab Indonesia, Pelita Jaya, Mohd. Safee Mohd. Sali dari luar kotak penalti seawal mini ke-12.

Skuad negara terus garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Hong Kong namun masih gagal memecah kebuntuan.

Namun, gol yang dicari-cari skuad negara akhirnya menjelma menerusi gerakan solo Safiq ke dalam kotak penalti pada minit ke-43 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, Rajagobal melakukan enam pertukaran dan kemasukan Amirulhadi yang masuk menggantikan Mohd. Ashaari Samsudin ternyata membuahkan hasil apabila dia menjaringkan gol kedua skuad negara pada lewat babak perlawanan.
Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

penulis: HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Wednesday, February 9, 2011

SELANGKAH KE DUNIA EDITING

Hello my reader...

today i wolud like to share with korang sumer my editing..

bukan edit assignment..tp edit gmbr..

hobi yang aku suker lalukan biler pas ambik gmbr..

just suker2...

actually aku suker sngt bidang photography ni..

smapikan after form 5 aku nk ambk this course but my mom xkasi..

so aku pendamkan hasrat at demi masa depan yang gemilang dan terbilang....hahahhahaha

skrg ni da dpat camera..even compact jer namun berjasa utk aku bekarya..

insyallah aku akan cuba dapatkan dslr pulak....

antara gambar2 yang aku edit di sini...

ni gmbr time kt opis...menjadikan rakan saye sebagai subject..
using kamera telefon jer



using compact (samsung)


lastly.....using my camera....






p/s: still mencari new software for improvement...sebarang cadangan atau komen amat di hargai...jangan malu2, jgn segan2...sbb saye ni budak baru belajar

Tuesday, February 8, 2011

NEW IMPROVEMENT

1st word i want to say is YESSSSS!!!!!!!!!!

akhirnya aku berjaya jugak merubah blog aku ini...

ader header baru dan jugak tulisan baru.....

amacam...chantekk x????

setelah aku memerah otak yang pening lalat...akhirnya aku dapat jugak letak gambar sebagai header..

so sekarang ni kiter wat comparison ok...

before :-)



after*******


1st movement


2nd movement


final*****

p/s: xsempat nk edit...bizi ngn keje...hahhaa....(kekoyalan berlaku)

Sunday, February 6, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA

Hello readers...

Thanx to come in my beauty blog .......(ahakz beauty ker)???

Firstly aku nk ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua bangsa cina d Malaysia

Hope tahun baru arnab ni akan bagi they all more "LUCK"

Bagi yang cuti pulak...especially luar dari kawasan Kelantan, Terengganu dan Kedah...

They all dapat 4 hari cuti compare to us...(sape2 yang stay kt 3 negeri di atas)

Ader yang ambik peluang ni balik kg, ader yang g jejalan...tp ader x yang stay kt umah je...

Erm...kalo yg stay kt umah je or xtau nk g mane..jom..aku share post ni ngn u oll..

Korang2......

Nampak tak big header there????

Why title cuti-cuti Malaysia....bukan la Malaysia sngt...tp area Kelantan jer...

Nk share ngn korang sumer tempat2 yang aku suker lepak when aku pegi Kota Bharu...

Ok lets move...

Actually this pic aku take on 27th Jan until 28 Jan..

So enjoy....

Kalo kekoyalan berlaku...harap maklum..(p/s: kekoyalan means syok sendiri).....

1st pic:- antara artis2 yang terlibat adalah.....


Aku...adik dan akak...3 sekutu yang rapat even berbeza umor...hehehehe...

Akak yang bagus katakan..



2nd pic:-

1st place: airport...kalo nk tgok kapal terbang..make sure da smpai sane b4 kol 11.00 pm...siang hari xtau jadual dan...ape yang paling menarik adalah.......

Kalo jumpe ni..mksudnye anda dh sampai...




Dan...jangan lepaskan peluang mencuba..........





Ini adalah colek buah....sambil tnggu flight...baik makan ni...beshh..

Lets move to another place....khas untuk sape2 yang nk makan satey secara exclusive


2nd Place:- Satey 1 Malaysia...

Harga: reasonable dan sedap...




Cop...iklan seketika

Air milo pujaan hatiku...sangat koww....pekat dan manis...modelnyer...



3rd place:-Pantai Cahaya Bulan....maaf kualiti gambar tidak memuaskan kerana angin sangat kuat...

Buktinyer....jomm layan




Apa yang best kat sini adalah.....




Boley menghidup angin malam dan menikmati macam2 colek di gerai2 yang banyak di sana.

Xsempat singgah kt kedai coz nk move to another place....



Check it out...

4th place:- fast food restaurant......McD Wakaf Che Yeh

Ini la sebabnye kenapa x nk makan kt sane...coz...teringin nk makan ice cream...

Fall in love with oreo mcflurry since it launch...hehehehhee...





While my adik bungsu...always with her burger...





Actually malam 2 adik bungsu ku yang chumil n ink g KFC kt Kubang Kerian..

Coz aku da buhsan ngn KFC, aku pon dengan menggunakan kuasa aku sebagai driver...

Merempitkan kereta ke Wakaf Che Yeh....hehehehhee....:-)



5th Place:-KB mall

Ape yang kami dapat d KBmoll....confirm..my favaroute food Sizzling and my bandung cincau..




Tp ari 2...my sis nk my adik bungsu makan sizzling...

Cuba teka aku makan ape????

Nk show kt u oll sizzling dulu.....

Sangat beshhh...kalo dating sini...don't forget it...

My sis wif her food



While aku pulakk....makan.........



Nasik ayam......ok la...tp aku lebih suke nasik ayam dekat stadium....tp x berkesempatan nk pegi sane...

Myb next time aku show kt u oll nasik ayam stadium pulak k...



And.....the lasr place before sampai umah....

Pantai Irama...Bachok Kelantan..

First sampai kat sane...angin pown sangat kuat...+ ngn ombak smapaikan banteng ade yang runtuh...

Even ombak besar..pengunjung tetap ramai..

Tp snap picture adalah benda yang paling penting...

Lets me show you......




p/s: nanti nk share nk u oll pasal 1 tempat sejarah di Kelantan...area Jeli...

watch it out next post....

Wednesday, February 2, 2011

PERGOLAKAN DI MESIR

Keadaan di mesir yang semakin teruk memaksa aku untuk membuat article ni..

Why????

Be'coz aku nk sngt tau tentang perkembangan semasa rakyat Malaysia di sana.

Hari2 macam2 yang dah kite dengar melalui kaca televisyen dan juga dada2 akhbar.

Ada yang Berjaya keluar dari Mesir dan ada juga yang masih kandas.

Keadaan amat teruk sekali kerana sumber berita menyatakan bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga keselamatan tidak terjamin terutama sekali pelajar perempuan.

Semalam: 1st Feb 2011

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan untuk mengeluarkan rakyat Malaysia daripada mesir melalui laut dan juga udara. Kapal TLDM dijangka tiba di Teluk Adabiah pada 5 Feb ini dan boleh memuatkan kira2 500 orang pelajar.

Last point: sape2 yang ade info or buat article sal ni..boleyla share info ket kt page ni…

p/s: I wish semua rakyat Malaysia yang berada di sana akan selamat…amin


 


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.


 


 



 

Tuesday, February 1, 2011

KENAIKAN HARGA MINYAK LAGI !!!!!!!

TERBAIK LAH.......PAH CEROH NAIK...sila mintak utk d translate.....

Masihkah anda ingat post ini????

Sila tekan link ni untuk keterangan lanjut:-


 

http://hikarinur88.blogspot.com/2010/11/owhh-tidakkkkminyak-naik-lagi.html


 

Menurut sumber yang soheh lagi benar...

Minyak Ron 97 naik 10 sen manjadi RM 2.50 seliter berkuatkuasa 00.00.01 am....hahahhaa...teka teki hari ini...pukul berapakah kenaikan berlaku???

Ini adalah kenaikan yang kedua dalam tempoh 2011...kenaikan pertama pada 4 Jan lalu.

Ini adalah kerana kenaikan harga minyak mentah berikutan cuaca sejuk melampau di Eropah dan Amerika Syarikat...

Huh...bila kuasa besar memonopoli sumber terbesar..effect die pon akan besar..

Negara2 kecil pon turut terjejas.

Harga barang pon akan naik sama dan x akan turun..

Semakin lama semakin mahal..

Apa yang akan berlaku kepada golongan berpendapatan rendah???

Xkn la nk berhutang kot...

Pegi keje naik basikal..tp kalo dekat xpe..ni buat 10km..mampus nk jalan kaki..

Kepada yang menggunakan Ron 95, buat masa sekarang boleylah lega..

Nanti kalo da naik jugak...xder makna nyer nk lega..

Kepada yang berharta myb they all x der la nk rasa benda ni kan..

Cuba fikir kalo yang gaji ciput..tinggal kat Bandar besar seperti Kuala Lumpur..kalo Kota Bharu xpe lagi..

Anak pulak masih kecik dan bersekolah...

Mana nk pikir minyak kete, tambang sekolah anak, makan minum...huh...jatuh ke pening da..

Xkan la bapak nk naik bus pergi kerja..memanglah menjimatkan kos..

Tp melambatkan masa jugak especially kalo yang tempat keje jauh..

Naik turun bus..naik turun teksi..kos die pon lebih kurang sama jer..

So fikirkan lah cara untuk berjimat cermat..

jangan lupa menabung yer...ini pesanan penaja...

Peace No War!!!!


 

p/s: malam ni jangan lupa menonton perlawanan antara Kelantan dan Terengganu..even xboley pergi..namum gomo ku tetap gomo..yeahhhhhh