Sunday, February 20, 2011

GOALLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 ni post yang ke dua untuk hari ini...

biarlah isu dah lapuk pon...aku still nk post sal ni jugak....

ni isu sal bola Kelantan vs T-Team...

yang berakhir dengan Kelantan menang sepakan penalti 6-5..

hip hip horey....even Indra berjaya menumpaskan Apex...namun kiter tetap menang..

semangat juang yang tinggi di tunjukkan oleh pasukan Kelanta even 3 tunggak utama Kelantan pada musim lepas menerajui T-Team....

jom kiter bace article dari Kosmo Online ni.....

Rentak T-Team masih menghampakan

AZIZI (kiri) antara pemain berpengalaman yang menganggotai skuad T-Team musim ini.




MENGECEWAKAN.

Mungkin itu yang boleh dirumuskan dengan rentak permainan T-Team pada saingan Piala FA menentang Kelantan, kelmarin, lapor MANIRAH OTHMAN.

Meskipun dibarisi beberapa pemain berpengalaman, tetapi mereka masih gagal mempamerkan persefahaman.
Biarpun berjaya memberi saingan kepada Kelantan pada perlawanan pertama Piala FA 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin setelah terikat 1-1 dengan Kelantan, namun mereka tewas pada penentuan sepakan penalti yang memihak kepada pasukan pelawat 6-5.

Sebelum ini, dalam perlawanan Liga Super, T-Team sekadar mengutip satu mata ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi sulung sebelum tewas tiga kali berturut-turut kepada Negeri Sembilan, Harimau Muda A dan Pahang.

Menurut pengurus T-Team, Rozi Mamat, Yunus Alif selaku jurulatih perlu berusaha lebih keras bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan selain mencari formula terbaik untuk membentuk gandingan mantap khususnya di jentera serangan.

"Pasukan ini tidak ada masalah sebab diwakili ramai pemain berpengalaman, cuma sekarang tidak ada persefahaman antara mereka.

"Harap jurulatih atasi segera masalah ini untuk kita bangkit pada perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.

Jelasnya, antara pemain berpengalaman yang menganggotai T-Team ialah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.

Selain itu, pemain berpengalaman seperti Rosdi Talib, Sobri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Haris Safwan Kamal turut mengukuhkan skuad ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Yunus memberitahu, hanya nasib yang tidak menyebelahi mereka.






  

No comments:

Post a Comment