Thursday, December 1, 2011

My 1st Movie ever...

1st of all...........aku nk ucpkan jutaan terima kasih...coz....

buat kali pertama aku menjejakkan kaki ke cinema.....

and the 1st movie is.....twillight breaking down part 1.....

the story sngt bgus but aku xsuker dier punyer surrounding....sngt bising.....and sejukkk....

i don't like it all.......

so better tgok sndri......

jom tgok thriler je dulu


bola and bola

bile search punyer search.......

terkejut beruk bila aku dapat tau....

yang playerrrrrrr pujaaan aku..............except Baddrol Bakhtiar ngn syafiq Rahim........



yeahhhh................ape yang membuatkan aku bangga adalah.....

dia kembali bersama kelantan.....yeassssssss........makin bertambahlah sebab aku nk g tgok bola kan.....

siapa lagi kalo bukan............."Indra Putra"......i like him so much..........

bukan di sebabkan faktor rupa,...tapi....die punyer sepakan luar kotak penalti.......

membuatkan aku semakin menggilai dier....


new updated in Kelatan Team (TRW)


Liga Malaysia 2012


Kelantan
Jurulatih: Peter James Butler menggantikan M. Karathu yang dilepaskan

Baru: Indra Putra Mahayudin, Azizi Mat Rose, Norfarham Mohamad (semua dari T-Team)

Kekal (15): Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohamad Ab Aziz Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Mohd Nizab Ayub, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, dan Norshahrul Idlan Talaha

Gugur (10) Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Khairan Eruan Razali, Zul Yusri Che Harun, Muhammad Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah, Norhadi Ubaidilah, Mohd Halim Napi

Penjaga Gol: Khairul fahmi Che Mat, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Syazwan Yusoff

Pertahanan: Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Nik M Shahrul Azim,Mohd Farisham Ismail, Mohd Abdul Aziz Ismail, Mohd Zamri Ramli, Mohd Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak

Tengah: Emmanuel Okine, Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Radzi, Khairul Izuan Rosli,

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Ramzul Zahini Adenan, Azlan Ismail, S. Chanturu, Mohamed Ghaddar (Lebanon), Danny Antwi (Ghana), Mohd Izuan Solahudim, Mohd Aris Zaidi
Oktober 26, 2011 - Senarai pemain Kelantan 2012. Dari Facebook Tan Sri Annuar Musa:
Penjaga gol
  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mohd Shahrizan Ismail
Penyerang
  1. Norshahrul Idlan Talaha
  2. Muhammad Ramzul Zahini Adenan
  3. Mohd Nidzad Ayub
Tengah
  1. Mohd Shakir Shaari
  2. Badri Radzi
  3. S. Chanturu
  4. Mohd Izuan Salahudin
Pertahanan
  1. Mohd Daudsu Jamaludin
  2. Mohamad Abdul Aziz Ismail
  3. Zairul Fitree Ishak
  4. S. Subramaniam
  5. Mohd Farisham Ismail
  6. Rizal Fahmi Rosid
Pemain Piala Presiden yang dibawa ke dalam skuad senior:
  1. Nik Shahrul Azim Abdul Halim
  2. Aris Zaidi
  3. Khairul Izuan Rosli
  4. Zamri Ramli
Nurul Azwan Roya kekal di Kelantan

BOLA UPDATED

rasanya dah lama xupdate sal bola...
so ari ni.,.....jejari2 ini akan mula menghupdatekan isu2 bola...

kita mulakan dengan berita yang berjaya di copy and paste kan di kosmo online....

check it out.....

Norshahrul terbaik

NORSHAHRUL (kiri) menerima anugerah MVP Supermokh daripada Timbalan Presiden FAM, Annuar Musa. Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Ng Jui Sia (kanan).


NORSHAHRUL Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.
Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul, 24, menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.
Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.
Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.
Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
“Saya tidak sangka menang. Ia sangat hebat dan memang merupakan satu penghormatan yang amat besar bagi saya selepas memenangi anugerah pertama Supermokh ini.
“Kejayaan memenangi anugerah yang dinamakan sempena nama legenda bola sepak negara ini memang benar-benar hebat bagi saya memandangkan saya juga seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang,” kata pemain yang berasal dari Besut, Terengganu itu.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holding Berhad, Datuk Ng Jui Sia.
Sementara itu, ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.
Kemenangan tersebut adalah hasil kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala FA musim ini selain kemaraan pasukan itu ke final Piala Malaysia sebelum tewas kepada Negeri Sembilan.
Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

full credit to: kosmo online