Sunday, January 6, 2013

NOVEL SETIA HUJUNG NYAWA

salam..


pagi2 ni terasa mau update sal novel yang sedang hot di pasaran ni...

boley di katakan setiap hari..orang jumpa aku mintak tnya novel ni...

publisher pulak...hadoiiii buat hal pulak...lamabt sent...tension aku...rugi sale aku beb...time ngah hot ni la kene grab betol2...kalo drama  dah habis..order berjuta2 pon xkan laku cam novel adam dan hawa...perghh..time tgh ada drama...bukan men cepat lagi jalan..tp skrg,.,..nk jual satu pon susah...

actually Drama Setia Hujung Nyawa yang  sedang di tayangkan di TV3 skrg jam 7.00 malam, cerita ni di adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila.

bg aku drama ni best...aku suka watak Zain..hahaha...lawak siot...dan agak comey...yang 2 part merajuk...xleh blah...

ni cover die ye...




SINOPSIS :

Ersalina Imani gadis berusia 18 tahun anak kepada puan Haliza dan encik Badri. akibat terlanjur bersama iqram,  ersalina didapati hamil namun hanya diketahui oleh Dr. suria dan puan haliza. Apabila lamaran datin adibah dan dato hafsam yang menginginkan calon untuk menggantikan  sofea, pengantin yang lari untuk majlis anaknya bagaikan mengantuk disorongkan bantal oleh puan haliza. Zain hakimi berkahwin dengan ersalina tanpa rasa cinta dan bermulalah episod duka ersalina. 

Ketika zain dan ersalina hampir mencapai kebahagian, ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya. Kecewa dengan penipuan yang dialami kerana padanya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut sehingga zain melayan ersalina seperti orang gaji dan mencaci hina ersalina namun isterinya tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana disitulah syurganya. 

 Hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri. Akhirnya ersalina disahkan hamil dan ini mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. 


Rahsia terbongkar apabila datin adibah mendengar perbualan mereka dan menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan anak rakanya tetapi zain tetap mencintai isterinya. “perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

Sinopsis credit to :LIYANA

No comments:

Post a Comment